Assalamualaikum dan selamat melepak dekat rumah semua..
Dalam tempoh kawalan pergerakan yang telah diarahkan oleh pihak kerajaan, bagi mengekang penularan wabak virus covid-19 ni, semua rakyat harus patuh dan just 'stay at home' bak kata Perdana Menteri kita Tan Sri Muhyiddin Yassin
Ini bagi memutuskan rantaian penyebaran virus covid-19 dan bagi mengelakkan lebih ramai terjangkit virus yang telah pun menular dihampir semua benua didunia ini.
Bagi den yang bekerja dan juga sebagai seorang pelajar dan juga seorang jejaka perasan, den juga terkesan dengan arahan yang telah ditetapkan diseluruh negara kini, namun begitu, disebabkan den ni bekerja dibahagian 'Essential Services' maka, den kena pergi kerja macam biasa dan terpaksa lah menjaga diri, kebersihan dan juga keselamatan diri, keluarga dan sahabat-sahabat sekerja den..hihi..
Ramai yang tak tahu dan juga ada yang dah tahu bahawasanya, den adalah merupakan seorang pelajar separuh masa di sebuah Institusi awam yang terkenal dihujung utara tanah akhir.. mana lagi jika bukan Universiti Utara Malaysia, yang merupakan sebuah universiti didalam pengurusan yang terulung di negara ini.
Den adalah merupakan seorang pelajar di dalam Jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Komunikasi Dengan Kepujian, di kampus pengajian lanjutan (PACE) UUM Kuala Lumpur, kalau dekat kad matrix pelajar tu adalah tercatit :
Nama : Zin Azlan Bin Yaacob (ada gambar jejaka perasan)..
So, dalam tempoh PKP ni, kelas kami dah mula ditangguhkan pada bulan Mac dan kami sekarang kena fokus kelas online yang diatur oleh pihak Universiti dan juga pensyarah kami. tapi... asignment tak kena kawal tau.. hahahaha.. tetap on dan kena siapkan mengikut jadual yang dah diberi masa awal semester lagi..
Apa yang perlu dibuat sekarang, Just Stay At Home semua.. keluar bila perlu dan hanya ketua keluarga je yang keluar, sama ada yang nak beli barang keperluan ataupun lain-lain keperluan yang penting.
Bagi Frontliner Negara, seperti Doktor, Jururawat, Polis, Tentera, Pekerja RapidRail mcm den dan lain-lain essential services yang masih bertugas.. Terima Kasih atas pengorbanan dan tanggungjawab anda! Jaga diri, jaga kesihatan semua...
'JUST STAY AT HOME'
No comments:
Post a Comment