Friday, 10 April 2020

9 April Tarikh yang Tidak Pernah dilupakan

Assalamualaikum dan selamat PKP semua..

hihihi.. so entri kali ni special sikit bagi den.. hari ni 11/4/2020.. tapi yang nak diceritakan ni pulak adalah berkenaan tarikh 9 April.. yup.. tarikh yang den tak kan lupa dan ni adalah merupakan tarikh lahir Arwahyarhamah Ibu tercinta den, Hajah Rohana Binti Tapah..

diam tak diam, hampir sepuluh tahun dah mak den meninggalkan kami sekeluarga.. masa ni baru nak setahun den berkahwin dan juga anak den masa tu baby lagi, kalau difikirkan balik, ada sebab kenapa anak den llahir kurang matang ataupun tak cukup bulan, supaya arawah mak den sempat lah bermain dan melihat cucu nya.

ok berbalik kepada arwah mak, mak ni seorang yang paling semangat dan penuh azam.. sebab apa? sebab mak ni dia seorang peniaga makanan.. masuk tender kantin dan juga pernah meniaga dari rumah ke rumah menjual kuih. mak ni seorang yang buta huruf tau, tapi disebabkan azam dan semangat dia tu, buta huruf bukan lah penghalang tetapi segalanya mungkin kalau kita ni pandai berusaha, jangan putus asa dan tawakkal mak cakap kat kami dulu.

den akui, mak den ni dulu seorang yang agak tegas semasa anak-anak masih kecil membesar.. kami dibesarkan dengan serba sederhana je dulu, adik beradik lelaki kami ni ramai tau, 6 0rang lelaki dan 2 perempuan.. yang perempuan pulak no 1 dan 2. so bagi kami yang lelaki, mak memang banyak mengajar membuat kerja rumah. perasan tak den boleh memasak? ni lah hasil didikan mak tau.. bukan tu je, den tak kekok pun buat kerja rumah. boleh mengemas dan lain-lain kerja wanita tau.. sebab apa? sebab dulu kami kecik-kecik memang kena buat semua ni, basuh pinggan, masak, mengemas, sidai baju dan lain-lain lagi.

bila saudara mara datang, mak akan duduk melayan tetamu, dan kami ni yang anak-anak lelaki akan membuat hidangan air, sediakan biskut or apa sahaja yang ada untuk dihidangkan kepada tetamu. ramai yang terkejut dengan didikan mak ni tau.. yelah korang bayangkan tetamu datang, kami yang anak lelaki yang sediakan.. tu belum part kami berpanas menyidai baju tau, jiran-jiran dulu amat kagum walaupun kami ni segan-segan sikit sebab asik kena puji.. hahahaha..

hasil didikan seperti ni lah yang membentuk kami sekarang tau! tak kekok buat kerja rumah, tak kekok memasak, tak kekok beli barang dapor dan satu lagi, masa ada kecik, tak kekok nak tolong buat susu, cebok berak anak dan menjaga anak walupun wife tak de pergi kerja.. hahaha..

so ni lah serba sedikit coretan dengan didikan yang arwah mak den beri pada anak-anak nya termasuk den ni.. walau garang tapi mak sangat sayang kan anak.. dan tiada istilah anak emas ye kami.. semua sama rata dalam kalangan kami 8 beradik..

akhir kata, yang masih ada emak tu, hormatilah, jaga lah serta selalu senangkan hati mereka ni.. kadang bukan duit yang dorang minta, ko call dia kejap pun dia dah lega dah.. yang dah tiada tu, selalu lah berdoa atas kesejahteraan mereka dan sedekan selalu ayat-ayat suci Al quran..

gambar terakhir dengan mak seminggu sebelum mak pergi selamanya

No comments:

Post a Comment