Tuesday, 7 April 2020

Aktiviti Awal Tahun Episode 1

Assalamualaikum semua..

Macam mane semua lepas tengok kulit majalah tu? sure korang termimpi-mimpi kan.. hahahaha

so! kali ni den nak kongsi aktiviti awal tahun hari tu yang dijalankan kami 3 beranak ni.. nak hilangkan stress dan tekanan kerja.. kami lakukan aktiviti dekat nun jauh ke Utara Semenanjung Malaysia.. lari kejap dari hutan besi dan konkrit.. kami masuk hutang.. bukan sebarang hutan sebenarnya.. kami siap naik bukit lagi sebelum sampai ke sana.. so.. kali ni den bawak anak bini den ke Gunung Jerai resort.. yang terletak di Negeri Jelapang Padi iaitu Negeri Kedah Darul Aman.. Kedah Bak Ang!! hihihihi..

Perjalanan kami pada mulanya selama 4 jam lebih dari ibukota dan kami singgah dahulu bermalam di Penang.. haha.. wajib singgah sini dulu.. tempat kenangan ni kalo korang nak tau.. kenangan masa bergelar penuntut di politeknik Seberang Perai dulu.. ya.. Den dulu student Sijil Kejuruteraan Mekanikal dari tahun 2004-2006 dulu.. lama dah weiii..

Bila di Penang ni.. macam biasa lah.. tak sah kalo tak kena nasi kandar.. tapi sebelum tu.. disebabkan gatal nak naik jambatan kedua ke Pulau Mutiara ni.. kami turun ke bayan lepas dan cari kedai laksa dekat area situ.. kami saja Try makan D'Uwais Corner.. laksa kuah kawww katanya.. not bad la.. pekena la kami sorang semangkok


Then lepas pekena Laksa dekat situ.. baru lah dengan senang hatinya mencari Hotel dekat area Tanjong Tokong.. try tidor dekat Hotel Sentral Seaview.. boleh lah.. cuma hotel lama sikit.. lari sikit dari jangkaan awal kami.. cuma best nya.. hotel ni betol2 mengadap pantai dan laut.. so.. sejuk la sikit mata memandang .. 

so, lepas urusan check-in, mandi dan solat maghrib, bermula lah aktiviti di Pulau Mutiara ni.. habis je solat, den sekeluarga menjelajah ke Batu Feringgi.. saja mencuci mata walaupun tau dah apa je barang yang dijual dekat situ.. cuma sebab nak kan kemeriahan pelancong dekat situ je sebenarnya..

penat berjalan.. kami menuju pulak mencari kedai nasi kandar.. tempat wajib singgah. dan tempat peveret dari dulu.. kedai Nasi Kandar Deen Jelutong.. ni memang tempat wajib tiap kali mai ke sini.. mmg kena dengan tekak ni.. tapi den tak makan kat situ.. just tapau dan teruskan misi yang lain.. misi yang lain nya.. pergi ke satu lorong area jelutong tu.. nak mencari roti canai dan murtabak.. kedai dia kecik je.. lupa nama kedai.. dia mmg jual roti canai je ye.. tapi lembut nya... fuhhh.. telan dah air liur ni sekarang... tapi tak de rezeki kami malam tu... roti pun habis dan kedai pun nak tutup dah.. mengidam dah sebenarnya.. hahaha

Misi mencari murtabak dan roti canai tak tercapai.. so kami meneruskan rondaan di sekitar Bandaraya Georgetown dan tunjukkan kat anak nama-nama tempat yang ada dekat Penang.. tapi disebabkan semua nya dah keletihan.. kami pun balik ke Hotel dan kepala pulak dah dok teringat Nasi Kandar yang den tapau td..

samapai je Hotel.. anak dengan bini den dah lena.. kejut sorang-sorang.. ajak makan.. mula-mula anak dara tu tak mau makan sebab katanya tak nak kari.. tapi den suapkan je.. ehhh.. laju pulak dia makan.. banyak pulak tu dia makan.. wife den, mcm biase.. dia makan sikit.. yang lebih den kena abiskan.. so malam tu.. den makan mcm 3 bungkus nasi.. fuh!!! nikmat wooo.. lepas makan tdo.. hahaha..

sebabkan perut dah bergembira malam tu.. den tidor dengan lena sekali sampai ke pagi.. lepas tu bangun dan turun breakfast.. fuhh.. makan lagi.. hahaha.. siap je makan breakfast.. layan anak dan wife mandi dekat pool.. sambil tu, anak dara den bgtau.. abi, hari ni nak makan nasi kandar lagi boleh? sedap lah.. tetibe Qisya suka pulak nasi kandar.. hahahahaha.. wife den tengok den.. lepas tu gelak.. hahaha..mmg ikot bapaknya betol wife den bgtau.. penangan Nasi kandar.. anak pun suka dah.. dia cakap rase dia tak sama macam dekat KL.. memang la nak.. abi pun x makan yang kat KL tu..hahaha

selesai urusan Check out.. kami meneruskan misi mencari nasi kandar lagi.. kali ni plan nya nak makan nasi kandar berator.. tapi disebabkan den rase mcm tak kena nak kena berator 100 meter panjangnya.. nekad kami tukar plan dan pergi makan nasi kandar pokok ketapang.. hahaha.. kebetulan orang tak ramai sangat, so boleh la makan dengan selesa.. tapi tengah sedap makan tu, anak den bagi komen.. abi.. tak berape sedap sangat.. malam tadi lagi sedap kari nya.. hahahaha.. see.. anak dara den ni lidah dia mmg tajam sikit.. sebab tu den cakap.. kedai nasi kandar Deen Jelutong mmg tempat wajib singgah..hahaha..

so.. selesai makan.. dan disebabkan kami dapat park kereta di kawasan yang selamat dan juga di tengah bandar.. kami 3 beranak berjalan lah dalam misi seterusnya.. maaf lah.. tak banyak gambar masa ni.. rugi pulak rasa..




Ni gambar lepas makan dan misi seterusnya kami dalam mencari jeruk pulak dekat situ.. korang yang biasa pergi ke Penang ni, sure tau kan kemana je kita pergi kalau nak cari jeruk? comfirm cari dekat pasar chowrasta kan.. yang berhadapan dengan IPK Polis Kontigen Pulau Pinang.. tapi den kalo kesitu, den mencari pak cik-pakcik melayu yang menjual ye.. sebab tak beli sangat dengan satu jenama tu.. dengan pak cik-pakcik dekat situ pun dah ok dah rasanya.. 

selesai menjeruk, niat di hati nak belikan anak ais tingkap.. air sarbat.. tapi.. fuhh.. 100 meter lagi jauhnya berator nak membeli.. jadi batalkan niat tu dan meneruskan langkah.. tapi sebelum tu, beli lah dulu biskut tambun yang terkenal tu.. beli dalam 3 kotak.. terus bukak. anak dara den merasa.. terus terbeliak biji mata dia.. sedap lah abi.. hahahaha.. den dengan wife pun makan.. wahh.. memang sedap.. tapi.. adoiii.. waktu tengah taip ni pun terasa dah dekat tekak.. hahahaha.. sedap weeeiiii..

selesai aktiviti makan, menjeruk, merayap jalan kaki dan bergambar sekeping dua.. kami pun meneruskan perjalanan kami dengan menaiki kereta.. kali ni kami ke penang tak singgah lah temapat2 pelancongan lain tu.. sebab sebenarnya banyak kali dah pergi penang ni dan setiap kali datang tu.. memang akan bawak wife dengan anak ke lain-lain tempat tumpuan.. tak de lah bosan kan.. 

jadi.. dah tak tahu nak kemana.. den pun melahirkan hasrat nak ke Kedah.. itulah yang sebenarnya berlaku pada trip kali ni.. sebab apa? kami ni kalau pergi kemana-mana memang tak akan plan.. bincang, setuju, terus jalan.. hahaha.. macam bidan terjun je kan.. hahaha.. so kali ni nak keluar ke penang.. naik lah ferry yang disediakan.. teruja anak dara sorang tu, sebab dah makin besar kan.. dulu maybe dia kecik lagi..



lepas je dapat seberang ke seberang perai gunakan ferry.. kami memulakan satu lagi misi.. iaitu misi ke Kedaah.. dan kali ni lagi gempak.. sambil on the way tu.. baru lah call resort dekat puncak Gunung Jerai sama ada masih lagi kosong ke tak.. so call.. dan dia cakap masih lagi kosong.. mintak dia reserved satu bilik untuk bilik dan kami akan sampai kesana sebelum malam. hahaha.. terjun sangat kan plan.. amek ko!!

on the way ke Kedah, wife dengan anak lena dah.. sambil melayan radio.. mata den pun turut mengantok.. stop sekejap dekat RnR dan tidur dalam beberapa minit hilangkan ngantok.. sebelum meneruskan perjalanan.. dan korang nak tau? den penuh confident nye masa tu, ingatkan gunung Jerai ni dekat Alor Star, tapi rupanya tidak.. hahaha, dia dekat area lain, dekat Gurun rupanya.. adoiii... ni den dah bawak kete sampai Alor Star dah ni.. hahaha.. 

so, nak tau sambungan kisah ni? tunggu episod ke 2 pulakk.. ade banyak nanti den nak cite kan kat situ.. tunggu...

No comments:

Post a Comment