Masih belum sempurna
Bismilahirahmanirahim
Gerakkan Hati... Hati gerakkan
Pandanglah aku... aku lah dia
Pandanglah aku... aku lah dia
Kulitku tebal ku kebal ingatku kebal
Banyak berbual makan angin kembung perut mual
Resah dan tidak senang hidup tak pernah lenang
Ku schizo paranoia takut pecah tembelang
Banyak berbual makan angin kembung perut mual
Resah dan tidak senang hidup tak pernah lenang
Ku schizo paranoia takut pecah tembelang
Pecah tembelang... peta dah hilang
Bangau dah pulang... suara sumbang
Bangau dah pulang... suara sumbang
Lidahku kaku tak selicin kuku
Teman baikku buku
Bini ku pena tak pernah lena
Aku suka mengintai pantang ditenung
Berakhir pertelingkahan dalaman
Pasti belum
Teman baikku buku
Bini ku pena tak pernah lena
Aku suka mengintai pantang ditenung
Berakhir pertelingkahan dalaman
Pasti belum
Ikut gerak hati pena melayang
Dilihat dua layang pandang
Tak lah segarang
Takat meradang
Tanya abang gedang, apa barang?
Badan macam badang
Main acah belakang parang
Dilihat dua layang pandang
Tak lah segarang
Takat meradang
Tanya abang gedang, apa barang?
Badan macam badang
Main acah belakang parang
Kuhunuskan keris musuh ada pistol
Tradisi kekalkan adaptasi harus betul
Tujuh baris keramat tujuh garis…
Tradisi kekalkan adaptasi harus betul
Tujuh baris keramat tujuh garis…
.................................................................................
Assalamualaikum semua..
ok kali ni, den nak share sikit antara penulis lirik, komposer yang sangat den kagumi iaitu saudara Malique bekas anggota kumpulan rap Too Phat.. sebab apa den kagum, sebab penggunaan bahasa melayu yang digunakan serta maksud-maksud yang sangat mendalam dan penuh makna dalam kesemua karya beliau..
sebagai contoh, lirik lagu mantera beradu diatas ni, ni salah satu hasil cptaan beliau.. penuh dengan makna dan sindiran yang secara tidak langsung menjadi medium beliau menyampaikan kebaikkan yang difikirkan oleh beliau sebagai seorang pengkarya..
oleh itu, secara tidak langsung, peminat malique ni terlalu ramai jika kita nak bandingkan dengan lain-lin rappers.. lirik dalam rappers ni adalah lebih berkesan jika kita nak dibandingkan dengan lirik aliran muzik yang lain, sebab apa, muzik dan penyampaian nya adalah jelas dan terus masuk kedalam telinga kita.. tak percaya? korang layan lah satu lagu ni kat bawah dan korang nilai bai-bait kata-kata didalam lagu ni dan hayatilah... byeeee..
Mendalam sangat liriknye... thanks for sharing..
ReplyDelete