Assalamualaikum.. hai korangg..
so, hari ni kita sambung balik apa yang jadi dalam episod 1 semalam.. hahaha.. mengada kan memain episode pulak..
so, hari ni den nak sambung kisah semalam tu.. selepas dah terlajak sampai ke Bandaraya Alor Star, den buat keputusan nak patah balik cepat-cepat, sebab memandangkan masa tu pun macam dah petang dan den tak mau naik bukit tu dalam keadaan gelap dan juga ni merupakan pemanduan pertama nak naik ke atas Gunung Jerai tu.
masa patah balik ni pun, den gatal nak ikot jalan lama dan bukan nya Highway plus.. haha.. masa ni baru nak bukak GPS.. guna waze.. masa on waze ni baru lah perasan, jauhnya aku syok sendiri.. hahaha.. so jalan lama yang den pilih ni senang je.. korang terus je ikot jalan dari alor setar ni sampai lah ke kaki gunung jerai ni.
memula macam terkejot jugak, eh.. macam kecik je jalan sebab tengok van-van pelancong ni banyak kat bawah kaki gunung tu.. boleh naik ke? so decide cakap dekat wife, kita naik jelah.. ikot dorang ni semua naik atas. kita follow belakang.. hahaha..
maka.. bermulalah pengembaraan pertama kami naik keatas puncak gunung ni.. so bila bercerita jalan berbukit dan naik ke gunung ni, sure la kan mestinya naik dengan jalan yang bengkang bengkok bagai ular dipalu.. so dengan pemanduan yang berhati-hati, menuju puncak bukit dan semasa perjalanan tu, yang mengambil masa dalam setengah jam tu, perasaan jugak, banyaknya kereta nak turun ke bawah.. ramai sangat ke kat atas ni?? best sangat ke kat atas tu? so sambil menghirup udara segar sebab dikelilingi hutan rimba dan kedamaian, maka perjalanan kami pun akhirnya sampai ke depan jalan masuk resort Jerai Hill.
masa sampai dekat resort ni, tengok banyak nya kereta kat luar ni, tapi memandangkan terpandang notice board, pelawat yang nak checkin boleh masuk dalam, so den pun menempuh lah ke guard house dan seterusnya masuk kedalam perkarangan resort ni.. first impression.. wahh.. banyaknya pokok bunga dlam ni.. cantik dan segar.. sejuk mata memandang.. bunga betol erk.. bukan bunga lain.. korang jangan nak pikir lain..marah wife den nanti.. hahahaha..
so! lepas je cari parking.. kami 3 beranak pergi lah bergegas cari receptionist counter untuk urusan check in dan pendaftaran.. masa ni kami disapa oleh staff yang bagus dan sekali lagi bagi good impression dalam penjelajahan resort ni.. kiranya, first impression sebegini amatlah penting ye korang, sebab kalo first impression dah hampeh, korang akan menjangkakan yang akan lebih buruk lagi lepas tu.
so masa urusan check in tu, kami diberikan bilik yang menghadap view yang cantek kata nya.. masa tu terpikir.. wow! mesti best ni.. hahaha.. so selesai je urusan check in, kami pun capai kunci dan lupa nak menanya kot ade servis angkat beg ke, sebab dengar macam jauh, kami pun patah balik ke kereta, angkat beg dan berjalan cari bilik kami, jauh weiii.. peloh dah sebab jalan jauh, tapi tak pelah sebab nya boleh lah jalan-jalan kenal tempat ni.. tapi pelawat yang datang tempat ni memang ramai.. ingatkan den cakap, masa kat pintu masuk tu banyak kereta, dorang ni datang dan melawat tempat ni tapi tak tidur, maknanya penduduk sekitar lah ye..
so, sampai lahh kami dekat bilik kami tu, masa dah sampai tu, bukak pintu, sekali lagi diberi first impression yang bagus, wah bersih dan wangi bilik nya.. angkat beg dan masuk, seperti biasa den ni kalo masuk bilik resort dan hotel sangat cerewet berkenaan bilik, bathroom, cadar, bantal dan sarung bantal.. memang cerewet dari dulu, tapi sejak jual bantal DAG, den lagi lah cerewet hal semua ni.. hahaha.. so lepas buat inspection, so den meluluskan dan mengatakan dekat wife, GOOD! bersih.. haha..
masa ni den bukak pulak sliding door, wah.. bukak je.. nampak lah vieww mengadap laut dan juga sawah bendang.. memang cantik view bilik ni seperti yang dijanjikan oleh staff mereka tadi.
view kat belakang
tu gambar den amek tapi view tak nampak la pulak.. so tengah lepak2 kat balkoni ni, nampak lah keta buggy tolong bawak beg semua hotel guest.. la.. ada service buggy lah yang, den bagitau kat wife.. hahaha.. gelak besar den, jauh kot tadi menarik beg.. hahaha.. tu lah, berat lagi mulut nak menanya..
lepas abis godek jap bilik, den pun ajak wife n anak sesiap, kita pergi swimming pool sebab masa tu dah pukul 5.45 petang, saja nak try tengok mandi kat atas gunung ni best ke idak.. hehe..sampai je kat swimming pool, pak cik life guard situ bagitau, dik pak cik bagi hang masa sampai 6.45 petang je tau sebab patot nya 6.30 petang dah tutup, tapi sebab hang baru sampai, pak cik bagi lah masa sampai 6.45 pm.. fuhh lega.. kalo tak kang monyok la muka anak dara tu kang jap lagi tak puas mandi.
![]() |
nah muka buruk den! |
so, masa yang ada tak dilepaskan.. best juga swimming pool sini, sebab ada gelongsor untuk anak-anak main, luas juga dan juga selesa.. dan yang paling best nya, time mandi walau panas tapi ada rasa dingin sebab atas bukit kan.. tu yang paling best.. maklumla lama dok rusia.. hahaha..
selesai kat swimming pool, masa makan malam selepas solat maghrib, disebabkan plan ni mengejut, so tiada makanan yang dibeli dari bawah, dan kena lah makan dekat restaurant yang resort ni sediakan, bagi den, harga tak lah mahal dan melampau, boleh lagi masuk akal tapi mahal la sikit kalo nak compare dekat kedai atau restaurant biasa, tapi yang bestnya makanan dia superb! hahaha.. siap makan, kami mencari angin malam dan dingin kat atas resort ni.. memang best ditambah dengan bunga-bunga segar dan tumbuhan yang segar dan menghijau..
![]() |
segar kan bunga sana |
so selesai je makan dan merayap waktu malam dekat sana, kami pun menghabiskan masa dekat bilik dan lepak dekat balkoni sambil berborak, main game family kami 3 beranak dan last sekali layan movie dekat tv.. angin pun sejuk.. tapi yang best nya, suasana yang aman dan segar tu, seolah-olah memberi semangat dan menghilangkan penat lelah dekat ibukota.. lega rasa nya..
bangun pagi, kami breakfast dan anak dara tu dah siap pakai baju mandi dia.. nak terjun kolam lagi pagi ni.. so bapak n mak nye pun amek lah kesempatan terjun sekali kolam.. hahaha.. siap mandi.. sesiap nak check out.. tapi masa tu dah plan, check out dan nak buat aktiviti lagi dekat sini sebab tengok macam2 ada.
masa nak check out tu, cerdik sikit dah dari semalam, call receptionist dan mintak hantarkan buggy utk tolong bawak beg dan kami ke kereta.. haha.. tak mau penat lagi ko! so abg bawak buggy pun sampai dan bawak kami dan beg ke kereta..fuhh selamat lemak den ari ni..hahaha
selesai urusan check out, kami pun mintak senarai aktiviti yang boleh kami buat ari ni dekat staff situ, so aktiviti pertama, anak dara den pilih nak naik flying fox.. memang peveret dia naik ni dari kecik lagi. so layankan biar dia naik dan seterusnya kami menuju pulak ke taman botani, so masa kat sini kami ronda dan mengenali pelbagai tumbuhan yang ada di hutan dan kawasan persekitaran gunung jerai ni.. niat nak turun kebawah, nak tengok air terjun tapi disebabkan waktu tu musim kemarau di Kedah, maka tiada air yang mengalir disitu, so kami putuskan untuk tidak turun kebawah dan terus naik keatas dan bergambar sebelum balik dan turun kebawah.
anak dara main fllying fox
tercinta
so! habislah aktiviti dekat atas gunung ni.. dan memulakan perjalanan turun ke bawah dan meneruskan perjalanan balik ke ibukota, tapi sebelum balik tu, macam2 lagi tempat kami singgah dimana perjalanan balik ke ibukota hari tu memakan masa dari tengah hari bawak ke tengah malam.. banyak sangat tempat yang disinggah nya.. insyallah.. nanti den share lagi kisah-kisah kami sekeluarga dilain entries ye... babai korang!!
No comments:
Post a Comment