Sunday, 29 March 2020

Nak Tidur Lena?

Assalamualaikum..

Haiiii.. mereput lagi dekat rumah hari ni.. makan. makan.. makan.. gemoks macam ni..

so, ari ni den nak bercerita lagi.. semalam cerita pasal kerja hakiki dan juga study separuh masa dekat UUM.. hari ni nak bercerita pulak.. salah satu aktiviti mengisi masa lapang dan mengisi kantung kocek keluarga.. hahaha

Tengok tajuk atas? Nk tidur lena? yes.. itulah salah satu kepakaran den.. kepakaran dalam memberikan tidur rakyat Malaysia supaya lena dan juga seperti tidur di Hotel 7 Bintang.. hihi.. tak caya? meh contact den.. nanti den buktikan baru korang percaya.. hahaha..

ok berbalik pada tajuk asal.. Den adalah merupakan wakil sah ataupun seorang Master Leader, sebagai seorang wakil sah DAS ABDUL GLOBAL SDN BHD.. iaitu pengedar bantal hotel dan juga barang-barang keperluan hotel yang terkenal di Malaysia.. Sure sebahagian korang selalu tengok kan billboard tepi Highway yang  ada sorang mamat tu pelok bantal.. mamat tu la CEO dan juga pengasas DAG ni kalo korang nak tau.. hensem macam den.. perasan pun mcm den jugakk.. 😛

Den mula berjinak dalam dunia membantal ni start dari tahun 2018 lagi.. masih lagi aktiff wokeyy kalau korang nak order bantal dengan den.. hahahaha.. Bisnes bantal ni den dapat sokongan penuh dari keluarga, wife tersayang.. dan juga anak dara den jugakk...

cite pasal sokongan wife dan anak, kami pernah hasil kan satu video dan kami masuk contest DAG untuk penghasilan video kategori putera dan puteri.. so anak den merangkap puteri keluarga kami, terlibat dalam penghasilan video ni.. meh kita tengok video ni kat bawah.. .👇👇


okkk.. dah tengok?? Video ni kami Juara dalam kategori puteri dan putera bantal.. dapat lah anak den ni RM500  sebagai juara dari DAG.. banyak kan?? den x dapat pun.. anak den simpan kat tabung haji katanya.. hahahaha..

so, point dalam perkara ni.. kami satu keluarga mmg tak boleh dok diam.. tak boleh pergi kerja, balik kerja, makan tidur.. memang suka mem busy kan diri masing-masing.. sekarang masing-masing busy buat asignment memanjanggg.. hahaha..

Alhamdulilah.. perjalanan dalam membantal ni sangat memberangsangkan dan mendapat sambutan luar biasa.. senang je nak jual produk ni.. nk cuba? nanti PM tepi den ye.. senang den nak bercerita lebih panjang lebar lagi...

Jadi pada korang yang lain.. kita ni kalau nak apa-apa yang kita hajatkan.. berusaha lah untuk mendapatkan dan cari lah jalan penyelesaian setiap masalah yang kita hadapi.. tak semestinya kita belajar tak tinggi tak boleh berjaya, tak mustahil bila kita dah bekerja, kita boleh dapatkan pendidikan yang terbaik untuk kita.. dan tiada mimpi yang tidak boleh jadi kenyataan, selagi kita selalu berusaha dan panjat lah impian tu walau tinggi macam mana pun.. kalau jatuh, at least kita dah penah memanjat halangan tu dan tak mustahil kita akan panjat sampai lah kita capai impian kita tu..
dari hanya kita duduk diam dan berserah dengan apa saja yang datang..nothing.. bosan nanti hidup kita kalau tak de halangan.. kan??

so.. jumpa next entries nanti den membebel lagi.... see ya!!!

Saturday, 28 March 2020

JUST STAY AT HOME

Assalamualaikum dan selamat melepak dekat rumah semua..

Dalam tempoh kawalan pergerakan yang telah diarahkan oleh pihak kerajaan, bagi mengekang penularan wabak virus covid-19 ni, semua rakyat harus patuh dan just 'stay at home'  bak kata Perdana Menteri kita Tan Sri Muhyiddin Yassin 
Ini  bagi memutuskan rantaian penyebaran virus covid-19 dan bagi mengelakkan lebih ramai terjangkit virus yang telah pun menular dihampir semua benua didunia ini.

Bagi den yang bekerja dan juga sebagai seorang pelajar dan juga seorang jejaka perasan, den juga terkesan dengan arahan yang telah ditetapkan diseluruh negara kini, namun begitu, disebabkan den ni bekerja dibahagian 'Essential Services' maka, den kena pergi kerja macam biasa dan terpaksa lah menjaga diri, kebersihan dan juga keselamatan diri, keluarga dan sahabat-sahabat sekerja den..hihi..

Ramai yang tak tahu dan juga ada yang dah tahu bahawasanya, den adalah merupakan seorang pelajar separuh masa di sebuah Institusi awam yang terkenal dihujung utara tanah akhir.. mana lagi jika bukan Universiti Utara Malaysia, yang merupakan sebuah universiti didalam pengurusan yang terulung di negara ini.

Den adalah merupakan seorang pelajar di dalam Jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Komunikasi Dengan Kepujian, di kampus pengajian lanjutan (PACE) UUM Kuala Lumpur, kalau dekat kad matrix pelajar tu adalah tercatit :

Nama : Zin Azlan Bin Yaacob (ada gambar jejaka perasan)..
No matrix : 269318
FB : https://www.facebook.com/zinazlan.yaacob

Jejaka Perasan tak?


So, dalam tempoh PKP ni, kelas kami dah mula ditangguhkan pada bulan Mac dan kami sekarang kena fokus kelas online yang diatur oleh pihak Universiti dan juga pensyarah kami. tapi... asignment tak kena kawal tau.. hahahaha.. tetap on dan kena siapkan mengikut jadual yang dah diberi masa awal semester lagi..

Apa yang perlu dibuat sekarang, Just Stay At Home semua.. keluar bila perlu dan hanya ketua keluarga je yang keluar, sama ada yang nak beli barang keperluan ataupun lain-lain keperluan yang penting.

Bagi Frontliner Negara, seperti Doktor, Jururawat, Polis, Tentera, Pekerja RapidRail mcm den dan lain-lain essential services yang masih bertugas.. Terima Kasih atas pengorbanan dan tanggungjawab anda! Jaga diri, jaga kesihatan semua...

'JUST STAY AT HOME'