Saturday, 11 April 2020

Mantera Beradu

Masih belum sempurna
Bismilahirahmanirahim
Gerakkan Hati... Hati gerakkan
Pandanglah aku... aku lah dia
Kulitku tebal ku kebal ingatku kebal
Banyak berbual makan angin kembung perut mual
Resah dan tidak senang hidup tak pernah lenang
Ku schizo paranoia takut pecah tembelang
Pecah tembelang... peta dah hilang
Bangau dah pulang... suara sumbang
Lidahku kaku tak selicin kuku
Teman baikku buku
Bini ku pena tak pernah lena
Aku suka mengintai pantang ditenung
Berakhir pertelingkahan dalaman
Pasti belum
Ikut gerak hati pena melayang
Dilihat dua layang pandang
Tak lah segarang
Takat meradang
Tanya abang gedang, apa barang?
Badan macam badang
Main acah belakang parang
Kuhunuskan keris musuh ada pistol
Tradisi kekalkan adaptasi harus betul
Tujuh baris keramat tujuh garis

.................................................................................
Assalamualaikum semua..

ok kali ni, den nak share sikit antara penulis lirik, komposer yang sangat den kagumi iaitu saudara Malique bekas anggota kumpulan rap Too Phat.. sebab apa den kagum, sebab penggunaan bahasa melayu yang digunakan serta maksud-maksud yang sangat mendalam dan penuh makna dalam kesemua karya beliau..

sebagai contoh, lirik lagu mantera beradu diatas ni, ni salah satu hasil cptaan beliau.. penuh dengan makna dan sindiran yang secara tidak langsung menjadi medium beliau menyampaikan kebaikkan yang difikirkan oleh beliau sebagai seorang pengkarya..

oleh itu, secara tidak langsung, peminat malique ni terlalu ramai jika kita nak bandingkan dengan lain-lin rappers.. lirik dalam rappers ni adalah lebih berkesan jika kita nak dibandingkan dengan lirik aliran muzik yang lain, sebab apa, muzik dan penyampaian nya adalah jelas dan terus masuk kedalam telinga kita.. tak percaya? korang layan lah satu lagu ni kat bawah dan korang nilai bai-bait kata-kata didalam lagu ni dan hayatilah... byeeee..


Perintah Kawalan Pergerakan 3

Assalamualaikum semua..

hai korang.. for sure semalam dah tengokan pengumuman oleh Perdana Menteri Malaysia, Yang Berbahagia Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah mengumumkan temph Perintah Kawalan Pergerakan akan disambung lagi bermula dari 14/4/2020 sehingga lah 28/4/2020

bagi den, keputusan seperti ini adalah sangat tepat dilakukan oleh pihak kerajaan, memandangkan kes jangkitan Covid 19 ni masih lagi belum menemui petanda bagi pengakhirannya. negara-negara eropah sangat terkesan dengan wabak ni, dan hampir lumpuh keseluruhannaya.. jadi bagi kita di Malaysia ni, jangan lah kita menjdai punca bagi rantaian jangkitan ni, kita perlu patuh pada arahan kerajaan ni dan membantu pihak barisan hadapan kita supaya rantaian penyebaran wabak dan virus ni dapat di putuskan.

terpulang pada kita sama ada kekal duduk dirumah, ataupun keluar dan menerima risiko jangkitan yang mudah diluar tu.. sebab nya kita lihat ye, virus ni tak dapat dikesan dengan mata kasar, dan waktu sekarang ni ada yang telah dijangkiti tanpa menunjukkan sebarang simpstom jangkitan ye..

so, kekal sihat dan kekal duduk di rumah.. doa kan selalu agar virus ini dapat dihapuskan dan kita terhindar dengan jangkitan virus yang sangat berbahaya ni..


Friday, 10 April 2020

9 April Tarikh yang Tidak Pernah dilupakan

Assalamualaikum dan selamat PKP semua..

hihihi.. so entri kali ni special sikit bagi den.. hari ni 11/4/2020.. tapi yang nak diceritakan ni pulak adalah berkenaan tarikh 9 April.. yup.. tarikh yang den tak kan lupa dan ni adalah merupakan tarikh lahir Arwahyarhamah Ibu tercinta den, Hajah Rohana Binti Tapah..

diam tak diam, hampir sepuluh tahun dah mak den meninggalkan kami sekeluarga.. masa ni baru nak setahun den berkahwin dan juga anak den masa tu baby lagi, kalau difikirkan balik, ada sebab kenapa anak den llahir kurang matang ataupun tak cukup bulan, supaya arawah mak den sempat lah bermain dan melihat cucu nya.

ok berbalik kepada arwah mak, mak ni seorang yang paling semangat dan penuh azam.. sebab apa? sebab mak ni dia seorang peniaga makanan.. masuk tender kantin dan juga pernah meniaga dari rumah ke rumah menjual kuih. mak ni seorang yang buta huruf tau, tapi disebabkan azam dan semangat dia tu, buta huruf bukan lah penghalang tetapi segalanya mungkin kalau kita ni pandai berusaha, jangan putus asa dan tawakkal mak cakap kat kami dulu.

den akui, mak den ni dulu seorang yang agak tegas semasa anak-anak masih kecil membesar.. kami dibesarkan dengan serba sederhana je dulu, adik beradik lelaki kami ni ramai tau, 6 0rang lelaki dan 2 perempuan.. yang perempuan pulak no 1 dan 2. so bagi kami yang lelaki, mak memang banyak mengajar membuat kerja rumah. perasan tak den boleh memasak? ni lah hasil didikan mak tau.. bukan tu je, den tak kekok pun buat kerja rumah. boleh mengemas dan lain-lain kerja wanita tau.. sebab apa? sebab dulu kami kecik-kecik memang kena buat semua ni, basuh pinggan, masak, mengemas, sidai baju dan lain-lain lagi.

bila saudara mara datang, mak akan duduk melayan tetamu, dan kami ni yang anak-anak lelaki akan membuat hidangan air, sediakan biskut or apa sahaja yang ada untuk dihidangkan kepada tetamu. ramai yang terkejut dengan didikan mak ni tau.. yelah korang bayangkan tetamu datang, kami yang anak lelaki yang sediakan.. tu belum part kami berpanas menyidai baju tau, jiran-jiran dulu amat kagum walaupun kami ni segan-segan sikit sebab asik kena puji.. hahahaha..

hasil didikan seperti ni lah yang membentuk kami sekarang tau! tak kekok buat kerja rumah, tak kekok memasak, tak kekok beli barang dapor dan satu lagi, masa ada kecik, tak kekok nak tolong buat susu, cebok berak anak dan menjaga anak walupun wife tak de pergi kerja.. hahaha..

so ni lah serba sedikit coretan dengan didikan yang arwah mak den beri pada anak-anak nya termasuk den ni.. walau garang tapi mak sangat sayang kan anak.. dan tiada istilah anak emas ye kami.. semua sama rata dalam kalangan kami 8 beradik..

akhir kata, yang masih ada emak tu, hormatilah, jaga lah serta selalu senangkan hati mereka ni.. kadang bukan duit yang dorang minta, ko call dia kejap pun dia dah lega dah.. yang dah tiada tu, selalu lah berdoa atas kesejahteraan mereka dan sedekan selalu ayat-ayat suci Al quran..

gambar terakhir dengan mak seminggu sebelum mak pergi selamanya

PKP Bagi Pelajar

assalamualaikum semua..

hari ni den tak kerja tapi kerja work from home.. tapi esok dan lusa den akan masuk kerja macam biasa..

ok! berbalik pada tajuk atas tu, PKP bagi seorang pelajar.. den yang merupakan juga seorang pelajar separuh masa di UUM, turut terkesan dengan arahan PKP ni.. kelas cancel dan digantikan dengan kaedah online learning, asignment dan segala tugasan perlu diserahkan juga didalam talian.. bagi pembentangan sesuatu tajuk pulak, kena gantikan dengan pembentangan menggunakan video presentation.. menggunakan kreativiti pelajar itu sendiri.

bagi tugasan subjek Kenegaraan Malaysia, kami di arahkan untuk membuat kajian lapangan dan kami memilih asal usul nama Kampung Malaysia Raya dan mmenyediakan laporan dan video hasil kajian yang dilakukan serta perlu membuat pembentangan berkenaan hasil kajian. so.  disebabkan PKP sekarang ni, kami diarahkan oleh pensyarah kami iaitu Prof. Madya Dr Rohani supaya menyediakan video presentation bagi menggantikan real presentation yang perlu dilakukan.. so meh tengok hasil pembentangan secara video presentation yang dihasilkan oleh abam dan wife abang bagi kumpulan kami berenam.

OK jom saksikan..


Mengidam Laksa Johor?

Assalamualaikum semua..

Entri ari ni just nak share tentang tekak yang nakal ni kekadang.. haha.. lately, tekak den ni terasa sangat nak menyantap laksa johor.. yess.. laksa johor sebab den ni orang johor dan makanan ni sangat lah den minat.. orang kate kalo makan tu tak boleh nak stop lah.. hahaha..

disebabkan kan langkah arahan PKP yang dijalankan di Tanah Air kita Malaysia sekarang, pagi tadi den pergi kerja dan balik awal, yelahkan pengangkutan awam boleh beroperasi dari jam 0600am hingga 1000 am dan 1700 pm sampai 2200pm sahaja dalam masa PKP sekarang ni.. so, pagi tadi dapat lah den balik awal dan terus lah berehat kejap

habis je rehat, den lari jap pergi NSK sebab nak mencari tambahan ramuan nak buat Laksa Johor.. hihi.. teringin dan masak sendiri adalah satu kepuasan tau.. sebabnya korang boleh makan seberapa banyak yang mampu dan mengulang2 seberapa banyak korang ingin sampai lah korang terbaring kenyang! hahaha..

Balik Nsk, terus melaksanakan misi membuat laksa johor ni.. wife dah siap buat desert dan menunggu turn den pulak nak menyepahkan dapor.. sebab kata nye den kalo masak mcm buat katering.. hahaha.. nasib lah Puan Suzreen.. dapat suami ekau yang suka buat katering selalu..KAH!!

Meh kita tengok resepi laksa johor den.. tapi resepi asal yang den selalu buat.. den dah adjust dan ubah sikit.. disebabkan kekangan nak dapatkan bahan masa PKP ni.. kita guna bahan apa yang ada je la ye.. ada bahan yang tak de dan den tak mau susahkan diri mencari merata tempat.. nanti pak cik polis tangkap.. jenuh den kena masak dalam lokap..hahaha.. ok nah ni bahan serba ringkas :

Bahan Kisar 

10 biji cili kering (rebus atau rendam bagi lembut) jgn ko yg berendam
seinci lengkuas
seinci halia
bawang merah
bawang putih
kunyit Hidup setengah inci (jangan mengunyit haramm)

serai ( dititik) sahaja
2 sudu besar serbuk kari
santan pekat 

dikisar semua bahan ni dan dijadikan pes yo!

ikan (boleh guna ikan parang kalo nak ori) kalo tak de bole la guna ikan kembung or pelaling

den guna pulak,

12 ekor ikan pelaling
(Direbus dan letak kan asam keping serta garam)

selepas selesai rebus, asingkan isi ikan dengan tulang dan kepala, isi ikan di kisar sehingga lumat, tulang ikan di  kisar berasingan sehingga lumat juga dan tapis ye hasil kisar tulang tu. air rebusan ikan tu simpan ye..
( kalau resepi asal den, ada kisaran isi udang dan juga ikan kering kurau, tapi ni resepi PKP so pakai apa yang ada je)

ambil segenggam udang kering, kisar kering sampai hancur.

bahan kisar yang pertama tadi, korang tumis dan titik kan serai, masukkan 2 sudu serbuk kari.. tumis sampai naik bau dan pecah minyak nya

masukan isi ikan yang dah dikisar, tulang yang dah dikisar dan ditapis serta udang kering yang telah dikisar. kacau sebati gunakan api yang perlahan ye

masukkan asam keping, kacau. kalau terlalu pekat sangat, masukkan baki air rebusan ikan tu ye, tapi jangan cair sangat sebab laksa johor ni kuah kena pekat sikit

bila dah mendidih, boleh la masukkan santan satu cawan dan kacau rata.. api jangan marak sangat ye.. slow kan api sambil kacau sampai lah mendidih.. ( bole letak kan sekali kerisik kalau nak sedap)
bila dah mendidih, bole lah ditutup apinya ye.

sediakan spagethi sebungkus (den guna angle hair), rebus letak kan garam dan sedikit minyak ye. 


bahan ulam -ulaman

kacang panjang (dipotong kecik-kecik)
taugeh
timun (buang isi tengah dan kupas secara membulat sekeliling)
daun kesum
daun selasih
bunga kantan (diracik) kalau ada
telor rebus

so selesai la laksa yang den buat.. buat berdasarkan pengalaman sebagai orang johor.. haha.. tapi di ingat kan.. ni menu time PKP so banyak bahan yang den dah skip.. tapi rasa tetap sama ye..tak caya? tanya bini den ngan anak den..haha

laksa johor PKP

so, pada korang yang nak terasa mengidam nak makan sesuatu tu, ringan-ringan kan tulang korang memasak.. tak cukup bahan jangan korang risau.. pakai apa yang ada dan dijual.. yang penting rasa kena ada. ikot lah kreativiti memasing..

so, stay at home, stay save dan kita jaga kita.. bai bai...





Wednesday, 8 April 2020

Aktiviti Awal Tahun Episode 2

Assalamualaikum.. hai korangg..

so, hari ni kita sambung balik apa yang jadi dalam episod 1 semalam.. hahaha.. mengada kan memain episode pulak..

so, hari ni den nak sambung kisah semalam tu.. selepas dah terlajak sampai ke Bandaraya Alor Star, den buat keputusan nak patah balik cepat-cepat, sebab memandangkan masa tu pun macam dah petang dan den tak mau naik bukit tu dalam keadaan gelap dan juga ni merupakan pemanduan pertama nak naik ke atas Gunung Jerai tu.

masa patah balik ni pun, den gatal nak ikot jalan lama dan bukan nya Highway plus.. haha.. masa ni baru nak bukak GPS.. guna waze.. masa on waze ni baru lah perasan, jauhnya aku syok sendiri.. hahaha.. so jalan lama yang den pilih ni senang je.. korang terus je ikot jalan dari alor setar ni sampai lah ke kaki gunung jerai ni.

memula macam terkejot jugak, eh.. macam kecik je jalan sebab tengok van-van pelancong ni banyak kat bawah kaki gunung tu.. boleh naik ke? so decide cakap dekat wife, kita naik jelah.. ikot dorang ni semua naik atas. kita follow belakang.. hahaha..

maka.. bermulalah pengembaraan pertama kami naik keatas puncak gunung ni.. so bila bercerita jalan berbukit dan naik ke gunung ni, sure la kan mestinya naik dengan jalan yang bengkang bengkok bagai ular dipalu.. so dengan pemanduan yang berhati-hati, menuju puncak bukit dan semasa perjalanan tu, yang mengambil masa dalam setengah jam tu, perasaan jugak, banyaknya kereta nak turun ke bawah.. ramai sangat ke kat atas ni?? best sangat ke kat atas tu? so sambil menghirup udara segar sebab dikelilingi hutan rimba dan kedamaian, maka perjalanan kami pun akhirnya sampai ke depan jalan masuk resort Jerai Hill.

masa sampai dekat resort ni, tengok banyak nya kereta kat luar ni, tapi memandangkan terpandang notice board, pelawat yang nak checkin boleh masuk dalam, so den pun menempuh lah ke guard house dan seterusnya masuk kedalam perkarangan resort ni.. first impression.. wahh.. banyaknya pokok bunga dlam ni.. cantik dan segar.. sejuk mata memandang.. bunga betol erk.. bukan bunga lain.. korang jangan nak pikir lain..marah wife den nanti.. hahahaha..

so! lepas je cari parking.. kami 3 beranak pergi lah bergegas cari receptionist counter untuk urusan check in dan pendaftaran.. masa ni kami disapa oleh staff yang bagus dan sekali lagi bagi good impression dalam penjelajahan resort ni.. kiranya, first impression sebegini amatlah penting ye korang, sebab kalo first impression dah hampeh, korang akan menjangkakan yang akan lebih buruk lagi lepas tu.

so masa urusan check in tu, kami diberikan bilik yang menghadap view yang cantek kata nya.. masa tu terpikir.. wow! mesti best ni.. hahaha.. so selesai je urusan check in, kami pun capai kunci dan lupa nak menanya kot ade servis angkat beg ke, sebab dengar macam jauh, kami pun patah balik ke kereta, angkat beg dan berjalan cari bilik kami, jauh weiii.. peloh dah sebab jalan jauh, tapi tak pelah sebab nya boleh lah jalan-jalan kenal tempat ni.. tapi pelawat yang datang tempat ni memang ramai.. ingatkan den cakap, masa kat pintu masuk tu banyak kereta, dorang ni datang dan melawat tempat ni tapi tak tidur, maknanya penduduk sekitar lah ye.. 

so, sampai lahh kami dekat bilik kami tu, masa dah sampai tu, bukak pintu, sekali lagi diberi first impression yang bagus, wah bersih dan wangi bilik nya.. angkat beg dan masuk, seperti biasa den ni kalo masuk bilik resort dan hotel sangat cerewet berkenaan bilik, bathroom, cadar, bantal dan sarung bantal.. memang cerewet dari dulu, tapi sejak jual bantal DAG, den lagi lah cerewet hal semua ni.. hahaha.. so lepas buat inspection, so den meluluskan dan mengatakan dekat wife, GOOD! bersih.. haha..

masa ni den bukak pulak sliding door, wah.. bukak je.. nampak lah vieww mengadap laut dan juga sawah bendang.. memang cantik view bilik ni seperti yang dijanjikan oleh staff mereka tadi.


view kat belakang

tu gambar den amek tapi view tak nampak la pulak.. so tengah lepak2 kat balkoni ni, nampak lah keta buggy tolong bawak beg semua hotel guest.. la.. ada service buggy lah yang, den bagitau kat wife.. hahaha.. gelak besar den, jauh kot tadi menarik beg.. hahaha.. tu lah, berat lagi mulut nak menanya..

lepas abis godek jap bilik, den pun ajak wife n anak sesiap, kita pergi swimming pool sebab masa tu dah pukul 5.45 petang, saja nak try tengok mandi kat atas gunung ni best ke idak.. hehe..sampai je kat swimming pool, pak cik life guard situ bagitau, dik pak cik bagi hang masa sampai 6.45 petang je tau sebab patot nya 6.30 petang dah tutup, tapi sebab hang baru sampai, pak cik bagi lah masa sampai 6.45 pm.. fuhh lega.. kalo tak kang monyok la muka anak dara tu kang jap lagi tak puas mandi.

nah muka buruk den!


so, masa yang ada tak dilepaskan.. best juga swimming pool sini, sebab ada gelongsor untuk anak-anak main, luas juga dan juga selesa.. dan yang paling best nya, time mandi walau panas tapi ada rasa dingin sebab atas bukit kan.. tu yang paling best.. maklumla lama dok rusia.. hahaha..

selesai kat swimming pool, masa makan malam selepas solat maghrib, disebabkan plan ni mengejut, so  tiada makanan yang dibeli dari bawah, dan kena lah makan dekat restaurant yang resort ni sediakan, bagi den, harga tak lah mahal dan melampau, boleh lagi masuk akal tapi mahal la sikit kalo nak compare dekat kedai atau restaurant biasa, tapi yang bestnya makanan dia superb! hahaha.. siap makan, kami mencari angin malam dan dingin kat atas resort ni.. memang best ditambah dengan bunga-bunga segar dan tumbuhan yang segar dan menghijau.. 

segar kan bunga sana



so selesai je makan dan merayap waktu malam dekat sana, kami pun menghabiskan masa dekat bilik dan lepak dekat balkoni sambil berborak, main game family kami 3 beranak dan last sekali layan movie dekat tv.. angin pun sejuk.. tapi yang best nya, suasana yang aman dan segar tu, seolah-olah memberi semangat dan menghilangkan penat lelah dekat ibukota.. lega rasa nya..

bangun pagi, kami breakfast dan anak dara tu dah siap pakai baju mandi dia.. nak terjun kolam lagi pagi ni.. so bapak n mak nye pun amek lah kesempatan terjun sekali kolam.. hahaha.. siap mandi.. sesiap nak check out.. tapi masa tu dah plan, check out dan nak buat aktiviti lagi dekat sini sebab tengok macam2 ada.

masa nak check out tu, cerdik sikit dah dari semalam, call receptionist dan mintak hantarkan buggy utk tolong bawak beg dan kami ke kereta.. haha.. tak mau penat lagi ko! so abg bawak buggy pun sampai dan bawak kami dan beg ke kereta..fuhh selamat lemak den ari ni..hahaha

selesai urusan check out, kami pun mintak senarai aktiviti yang boleh kami buat ari ni dekat staff situ, so aktiviti pertama, anak dara den pilih nak naik flying fox.. memang peveret dia naik ni dari kecik lagi. so layankan biar dia naik dan seterusnya kami menuju pulak ke taman botani, so masa kat sini kami ronda dan mengenali pelbagai tumbuhan yang ada di hutan dan kawasan persekitaran gunung jerai ni.. niat nak turun kebawah, nak tengok air terjun tapi disebabkan waktu tu musim kemarau di Kedah, maka tiada air yang mengalir disitu, so kami putuskan untuk tidak turun kebawah dan terus naik keatas dan bergambar sebelum balik dan turun kebawah.

 anak dara main fllying fox


tercinta








so! habislah aktiviti dekat atas gunung ni.. dan memulakan perjalanan turun ke bawah dan meneruskan perjalanan balik ke ibukota, tapi sebelum balik tu, macam2 lagi tempat kami singgah dimana perjalanan balik ke ibukota hari tu memakan masa dari tengah hari bawak ke tengah malam.. banyak sangat tempat yang disinggah nya.. insyallah.. nanti den share lagi kisah-kisah kami sekeluarga dilain entries ye... babai korang!!

Tuesday, 7 April 2020

Aktiviti Awal Tahun Episode 1

Assalamualaikum semua..

Macam mane semua lepas tengok kulit majalah tu? sure korang termimpi-mimpi kan.. hahahaha

so! kali ni den nak kongsi aktiviti awal tahun hari tu yang dijalankan kami 3 beranak ni.. nak hilangkan stress dan tekanan kerja.. kami lakukan aktiviti dekat nun jauh ke Utara Semenanjung Malaysia.. lari kejap dari hutan besi dan konkrit.. kami masuk hutang.. bukan sebarang hutan sebenarnya.. kami siap naik bukit lagi sebelum sampai ke sana.. so.. kali ni den bawak anak bini den ke Gunung Jerai resort.. yang terletak di Negeri Jelapang Padi iaitu Negeri Kedah Darul Aman.. Kedah Bak Ang!! hihihihi..

Perjalanan kami pada mulanya selama 4 jam lebih dari ibukota dan kami singgah dahulu bermalam di Penang.. haha.. wajib singgah sini dulu.. tempat kenangan ni kalo korang nak tau.. kenangan masa bergelar penuntut di politeknik Seberang Perai dulu.. ya.. Den dulu student Sijil Kejuruteraan Mekanikal dari tahun 2004-2006 dulu.. lama dah weiii..

Bila di Penang ni.. macam biasa lah.. tak sah kalo tak kena nasi kandar.. tapi sebelum tu.. disebabkan gatal nak naik jambatan kedua ke Pulau Mutiara ni.. kami turun ke bayan lepas dan cari kedai laksa dekat area situ.. kami saja Try makan D'Uwais Corner.. laksa kuah kawww katanya.. not bad la.. pekena la kami sorang semangkok


Then lepas pekena Laksa dekat situ.. baru lah dengan senang hatinya mencari Hotel dekat area Tanjong Tokong.. try tidor dekat Hotel Sentral Seaview.. boleh lah.. cuma hotel lama sikit.. lari sikit dari jangkaan awal kami.. cuma best nya.. hotel ni betol2 mengadap pantai dan laut.. so.. sejuk la sikit mata memandang .. 

so, lepas urusan check-in, mandi dan solat maghrib, bermula lah aktiviti di Pulau Mutiara ni.. habis je solat, den sekeluarga menjelajah ke Batu Feringgi.. saja mencuci mata walaupun tau dah apa je barang yang dijual dekat situ.. cuma sebab nak kan kemeriahan pelancong dekat situ je sebenarnya..

penat berjalan.. kami menuju pulak mencari kedai nasi kandar.. tempat wajib singgah. dan tempat peveret dari dulu.. kedai Nasi Kandar Deen Jelutong.. ni memang tempat wajib tiap kali mai ke sini.. mmg kena dengan tekak ni.. tapi den tak makan kat situ.. just tapau dan teruskan misi yang lain.. misi yang lain nya.. pergi ke satu lorong area jelutong tu.. nak mencari roti canai dan murtabak.. kedai dia kecik je.. lupa nama kedai.. dia mmg jual roti canai je ye.. tapi lembut nya... fuhhh.. telan dah air liur ni sekarang... tapi tak de rezeki kami malam tu... roti pun habis dan kedai pun nak tutup dah.. mengidam dah sebenarnya.. hahaha

Misi mencari murtabak dan roti canai tak tercapai.. so kami meneruskan rondaan di sekitar Bandaraya Georgetown dan tunjukkan kat anak nama-nama tempat yang ada dekat Penang.. tapi disebabkan semua nya dah keletihan.. kami pun balik ke Hotel dan kepala pulak dah dok teringat Nasi Kandar yang den tapau td..

samapai je Hotel.. anak dengan bini den dah lena.. kejut sorang-sorang.. ajak makan.. mula-mula anak dara tu tak mau makan sebab katanya tak nak kari.. tapi den suapkan je.. ehhh.. laju pulak dia makan.. banyak pulak tu dia makan.. wife den, mcm biase.. dia makan sikit.. yang lebih den kena abiskan.. so malam tu.. den makan mcm 3 bungkus nasi.. fuh!!! nikmat wooo.. lepas makan tdo.. hahaha..

sebabkan perut dah bergembira malam tu.. den tidor dengan lena sekali sampai ke pagi.. lepas tu bangun dan turun breakfast.. fuhh.. makan lagi.. hahaha.. siap je makan breakfast.. layan anak dan wife mandi dekat pool.. sambil tu, anak dara den bgtau.. abi, hari ni nak makan nasi kandar lagi boleh? sedap lah.. tetibe Qisya suka pulak nasi kandar.. hahahahaha.. wife den tengok den.. lepas tu gelak.. hahaha..mmg ikot bapaknya betol wife den bgtau.. penangan Nasi kandar.. anak pun suka dah.. dia cakap rase dia tak sama macam dekat KL.. memang la nak.. abi pun x makan yang kat KL tu..hahaha

selesai urusan Check out.. kami meneruskan misi mencari nasi kandar lagi.. kali ni plan nya nak makan nasi kandar berator.. tapi disebabkan den rase mcm tak kena nak kena berator 100 meter panjangnya.. nekad kami tukar plan dan pergi makan nasi kandar pokok ketapang.. hahaha.. kebetulan orang tak ramai sangat, so boleh la makan dengan selesa.. tapi tengah sedap makan tu, anak den bagi komen.. abi.. tak berape sedap sangat.. malam tadi lagi sedap kari nya.. hahahaha.. see.. anak dara den ni lidah dia mmg tajam sikit.. sebab tu den cakap.. kedai nasi kandar Deen Jelutong mmg tempat wajib singgah..hahaha..

so.. selesai makan.. dan disebabkan kami dapat park kereta di kawasan yang selamat dan juga di tengah bandar.. kami 3 beranak berjalan lah dalam misi seterusnya.. maaf lah.. tak banyak gambar masa ni.. rugi pulak rasa..




Ni gambar lepas makan dan misi seterusnya kami dalam mencari jeruk pulak dekat situ.. korang yang biasa pergi ke Penang ni, sure tau kan kemana je kita pergi kalau nak cari jeruk? comfirm cari dekat pasar chowrasta kan.. yang berhadapan dengan IPK Polis Kontigen Pulau Pinang.. tapi den kalo kesitu, den mencari pak cik-pakcik melayu yang menjual ye.. sebab tak beli sangat dengan satu jenama tu.. dengan pak cik-pakcik dekat situ pun dah ok dah rasanya.. 

selesai menjeruk, niat di hati nak belikan anak ais tingkap.. air sarbat.. tapi.. fuhh.. 100 meter lagi jauhnya berator nak membeli.. jadi batalkan niat tu dan meneruskan langkah.. tapi sebelum tu, beli lah dulu biskut tambun yang terkenal tu.. beli dalam 3 kotak.. terus bukak. anak dara den merasa.. terus terbeliak biji mata dia.. sedap lah abi.. hahahaha.. den dengan wife pun makan.. wahh.. memang sedap.. tapi.. adoiii.. waktu tengah taip ni pun terasa dah dekat tekak.. hahahaha.. sedap weeeiiii..

selesai aktiviti makan, menjeruk, merayap jalan kaki dan bergambar sekeping dua.. kami pun meneruskan perjalanan kami dengan menaiki kereta.. kali ni kami ke penang tak singgah lah temapat2 pelancongan lain tu.. sebab sebenarnya banyak kali dah pergi penang ni dan setiap kali datang tu.. memang akan bawak wife dengan anak ke lain-lain tempat tumpuan.. tak de lah bosan kan.. 

jadi.. dah tak tahu nak kemana.. den pun melahirkan hasrat nak ke Kedah.. itulah yang sebenarnya berlaku pada trip kali ni.. sebab apa? kami ni kalau pergi kemana-mana memang tak akan plan.. bincang, setuju, terus jalan.. hahaha.. macam bidan terjun je kan.. hahaha.. so kali ni nak keluar ke penang.. naik lah ferry yang disediakan.. teruja anak dara sorang tu, sebab dah makin besar kan.. dulu maybe dia kecik lagi..



lepas je dapat seberang ke seberang perai gunakan ferry.. kami memulakan satu lagi misi.. iaitu misi ke Kedaah.. dan kali ni lagi gempak.. sambil on the way tu.. baru lah call resort dekat puncak Gunung Jerai sama ada masih lagi kosong ke tak.. so call.. dan dia cakap masih lagi kosong.. mintak dia reserved satu bilik untuk bilik dan kami akan sampai kesana sebelum malam. hahaha.. terjun sangat kan plan.. amek ko!!

on the way ke Kedah, wife dengan anak lena dah.. sambil melayan radio.. mata den pun turut mengantok.. stop sekejap dekat RnR dan tidur dalam beberapa minit hilangkan ngantok.. sebelum meneruskan perjalanan.. dan korang nak tau? den penuh confident nye masa tu, ingatkan gunung Jerai ni dekat Alor Star, tapi rupanya tidak.. hahaha, dia dekat area lain, dekat Gurun rupanya.. adoiii... ni den dah bawak kete sampai Alor Star dah ni.. hahaha.. 

so, nak tau sambungan kisah ni? tunggu episod ke 2 pulakk.. ade banyak nanti den nak cite kan kat situ.. tunggu...

Lelaki Maskulin?






Hahahaha.. tengokk.. time PKP ni.. tak de keje kan.. so ape lagi.. godek la apa yang patot.. dan selagi ianya adalah berfaedah.. hahaha..

lelaki maskulin katanya.. saje belek Adobe Photoshop.. ni lah hasilnya yang bakal diterbitkan dalam masa terdekat ni.. haha.. gelak besor den..

edit punye edit.. macam2 la caranya.. dan hasilnyaaa.. sesuai la dengan nama blog ni.. Jejaka Perasan.. hensem kan? kihkihkih...

Masak Tu Terapi?

Assalamualaikum dan selamat memerap lagi dekat rumah.. haha..


hari ni hari ke berape entah erk PKP ke 2, kebetulan pulak hari ni memang 'work from home' sebab semalam 2 hari dah bertugas.. hihi.. essential service katanya, so kerja mcm biasa selagi tak de halangan dan arahan lanjut dari pihak berkuasa..

So! sementara ada dekat rumah ni, den memang suka memasak.. haha.. sebab pada den, masak ni terapi.. ko penat la mcm mana pun, bila memasak.. lupa kejap masalah, penat plus mengantuk..

den mmg suka memasak.. haha.. tak caye? nanti tanya bini den, dia cust special den 😝 haha..
so hari ni, sebabkan cuaca pun redup2, nak masak pun x tau nak masak ape lagi hari ni, so decided dengan wife tadi, nak masak simple je hari ni janji layan, dan kenyang.. hahaha..

menu hari ni simple dan mudah je.. ikan cencaru bakar, sayur bayam goreng, sambal kiicap utk cicah dengan ikan bakar.. simple kan?? tapi ank den makan sampai tak cukup dek kena penangan sambal kicap ikan bakar tu..



ni haa menu den ari ni.. simple tapi padu.. hahaha.. makan dengan nasi panas.. teh o ais limau sebagai pelengkap.. tapi hari ni anak den bagi 5 Bintang dekat kicap cicah tu.. simple je buat.. korang potong cili api, potong bawang, tuang kicap.. perah limau.. mmg sedap makan ikan bakar dengan kicap limau ni..

so, pada den masak ni memang terapi.. even ko tengah penat pun, kalo dah penat, dok kat dapo mmg ko lupa.. so pada korang yg laki ni, jangan segan nak mencemar duli dekat dapur tu tolong bini masing-masing.. kita tolak ketepi sentimen 'hanya bini kat dapo' sebab zaman skrg ni, dah tak sesuai dengan slogan mcm ni.. sebab rata-rata semua isteri dah membantu suami mencari rezeki.. so hal rumah tangga kena lah kita sama-sama jugak.. kita penat, isteri pun penat.. jangan ko nak pikir penat ko sorang je!! hahaha..

tak memasal ceramah free den bagi.. tapi itulah hakikatnya masyarakat kita ni.. kadang lepas makan pun tak reti nak tolong angkat dan basuh.. ko ingat ko raja?? hahaha..

dah!! nanti den menulis lagi dekat lain post erkkk.. bai bai!!

Sunday, 29 March 2020

Nak Tidur Lena?

Assalamualaikum..

Haiiii.. mereput lagi dekat rumah hari ni.. makan. makan.. makan.. gemoks macam ni..

so, ari ni den nak bercerita lagi.. semalam cerita pasal kerja hakiki dan juga study separuh masa dekat UUM.. hari ni nak bercerita pulak.. salah satu aktiviti mengisi masa lapang dan mengisi kantung kocek keluarga.. hahaha

Tengok tajuk atas? Nk tidur lena? yes.. itulah salah satu kepakaran den.. kepakaran dalam memberikan tidur rakyat Malaysia supaya lena dan juga seperti tidur di Hotel 7 Bintang.. hihi.. tak caya? meh contact den.. nanti den buktikan baru korang percaya.. hahaha..

ok berbalik pada tajuk asal.. Den adalah merupakan wakil sah ataupun seorang Master Leader, sebagai seorang wakil sah DAS ABDUL GLOBAL SDN BHD.. iaitu pengedar bantal hotel dan juga barang-barang keperluan hotel yang terkenal di Malaysia.. Sure sebahagian korang selalu tengok kan billboard tepi Highway yang  ada sorang mamat tu pelok bantal.. mamat tu la CEO dan juga pengasas DAG ni kalo korang nak tau.. hensem macam den.. perasan pun mcm den jugakk.. 😛

Den mula berjinak dalam dunia membantal ni start dari tahun 2018 lagi.. masih lagi aktiff wokeyy kalau korang nak order bantal dengan den.. hahahaha.. Bisnes bantal ni den dapat sokongan penuh dari keluarga, wife tersayang.. dan juga anak dara den jugakk...

cite pasal sokongan wife dan anak, kami pernah hasil kan satu video dan kami masuk contest DAG untuk penghasilan video kategori putera dan puteri.. so anak den merangkap puteri keluarga kami, terlibat dalam penghasilan video ni.. meh kita tengok video ni kat bawah.. .👇👇


okkk.. dah tengok?? Video ni kami Juara dalam kategori puteri dan putera bantal.. dapat lah anak den ni RM500  sebagai juara dari DAG.. banyak kan?? den x dapat pun.. anak den simpan kat tabung haji katanya.. hahahaha..

so, point dalam perkara ni.. kami satu keluarga mmg tak boleh dok diam.. tak boleh pergi kerja, balik kerja, makan tidur.. memang suka mem busy kan diri masing-masing.. sekarang masing-masing busy buat asignment memanjanggg.. hahaha..

Alhamdulilah.. perjalanan dalam membantal ni sangat memberangsangkan dan mendapat sambutan luar biasa.. senang je nak jual produk ni.. nk cuba? nanti PM tepi den ye.. senang den nak bercerita lebih panjang lebar lagi...

Jadi pada korang yang lain.. kita ni kalau nak apa-apa yang kita hajatkan.. berusaha lah untuk mendapatkan dan cari lah jalan penyelesaian setiap masalah yang kita hadapi.. tak semestinya kita belajar tak tinggi tak boleh berjaya, tak mustahil bila kita dah bekerja, kita boleh dapatkan pendidikan yang terbaik untuk kita.. dan tiada mimpi yang tidak boleh jadi kenyataan, selagi kita selalu berusaha dan panjat lah impian tu walau tinggi macam mana pun.. kalau jatuh, at least kita dah penah memanjat halangan tu dan tak mustahil kita akan panjat sampai lah kita capai impian kita tu..
dari hanya kita duduk diam dan berserah dengan apa saja yang datang..nothing.. bosan nanti hidup kita kalau tak de halangan.. kan??

so.. jumpa next entries nanti den membebel lagi.... see ya!!!

Saturday, 28 March 2020

JUST STAY AT HOME

Assalamualaikum dan selamat melepak dekat rumah semua..

Dalam tempoh kawalan pergerakan yang telah diarahkan oleh pihak kerajaan, bagi mengekang penularan wabak virus covid-19 ni, semua rakyat harus patuh dan just 'stay at home'  bak kata Perdana Menteri kita Tan Sri Muhyiddin Yassin 
Ini  bagi memutuskan rantaian penyebaran virus covid-19 dan bagi mengelakkan lebih ramai terjangkit virus yang telah pun menular dihampir semua benua didunia ini.

Bagi den yang bekerja dan juga sebagai seorang pelajar dan juga seorang jejaka perasan, den juga terkesan dengan arahan yang telah ditetapkan diseluruh negara kini, namun begitu, disebabkan den ni bekerja dibahagian 'Essential Services' maka, den kena pergi kerja macam biasa dan terpaksa lah menjaga diri, kebersihan dan juga keselamatan diri, keluarga dan sahabat-sahabat sekerja den..hihi..

Ramai yang tak tahu dan juga ada yang dah tahu bahawasanya, den adalah merupakan seorang pelajar separuh masa di sebuah Institusi awam yang terkenal dihujung utara tanah akhir.. mana lagi jika bukan Universiti Utara Malaysia, yang merupakan sebuah universiti didalam pengurusan yang terulung di negara ini.

Den adalah merupakan seorang pelajar di dalam Jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Komunikasi Dengan Kepujian, di kampus pengajian lanjutan (PACE) UUM Kuala Lumpur, kalau dekat kad matrix pelajar tu adalah tercatit :

Nama : Zin Azlan Bin Yaacob (ada gambar jejaka perasan)..
No matrix : 269318
FB : https://www.facebook.com/zinazlan.yaacob

Jejaka Perasan tak?


So, dalam tempoh PKP ni, kelas kami dah mula ditangguhkan pada bulan Mac dan kami sekarang kena fokus kelas online yang diatur oleh pihak Universiti dan juga pensyarah kami. tapi... asignment tak kena kawal tau.. hahahaha.. tetap on dan kena siapkan mengikut jadual yang dah diberi masa awal semester lagi..

Apa yang perlu dibuat sekarang, Just Stay At Home semua.. keluar bila perlu dan hanya ketua keluarga je yang keluar, sama ada yang nak beli barang keperluan ataupun lain-lain keperluan yang penting.

Bagi Frontliner Negara, seperti Doktor, Jururawat, Polis, Tentera, Pekerja RapidRail mcm den dan lain-lain essential services yang masih bertugas.. Terima Kasih atas pengorbanan dan tanggungjawab anda! Jaga diri, jaga kesihatan semua...

'JUST STAY AT HOME'